Isnin, 26 November 2012

Hari pertama dalam kuliah KPT-4033


Assalamualaikum dan salam satu malaysia...

pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melewati blog saya ini,
mungkin kalian di luar sana ingin tahu, apakah faktor yang mendorong saya menghasil kan blog ini..
ok, saya akan menjelaskan bahawa faktor yang pertama disebabkan pada tahun ini saya mengambil subjek KPT-4033 iaitu Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan.

terima kasih tidak terhingga kepada Puan Nadia Akma bt Ahmad Zaki merupakan Pensyarah saya yang banyak mendorong saya dan kawan-kawan yang lain menghasil kan blog dan mengajar saya pelbagai kegunaan Teknologi seperti penggunaan adop photoshop, audio, koswer power point serta cara-cara menghasilkan poster digital.

tanpa tunjuk ajar dari beliau, mungkin saya sudah lupa untuk menghasilkan blogspot, al-maklumlah sudah lama saya tidak membuka blog kerana sibuk bekerja. jadi di sini, saya cuba menghasilkan blog mengikut kemampuan dan kreativiti saya dengan seadanya. di samping itu, saya akan berusaha memuat naik beberapa hasil tugasan untuk dikongsi bersama.

segala teguran dan komen amatlah saya harapkan selepas kalian membaca blog ini, segala manfaat dan faedah yang ada dan berharap ia dapat dikongsi bersama. yang baik datang dari Allah dan yang lemah itu mungkin kesilapan dalam diri saya sendiri..di harap saya mampu memperbaiki kelemahan itu dengan bantuan kalian sekian...

sebelum saya akhiri penulisan ini, izinkan saya meninggalkan serangkap pantun

buah bidara di makan orang,
makin dipandang makin sayang,
terima kasih atas teguran,
jika salah saya cuba betulkan,